Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks
Sekolah
Bagi menjamin penjagaan dan keselamatan buku teks SPBT,
sekolah perlulah menguruskan Bilik Operasi SPBT Sekolah dengan efisien. Bilik
Operasi SPBT Sekolah diwujudkan dengan konsep bilik ini hanya digunakan sebagai
tempat untuk menguruskan SPBT sekolah. Sekolah perlu mengadakan satu sistem
pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah yang sistematik.
Keperluan minimum untuk sebuah Bilik Operasi SPBT di sekolah
ialah :
a)
Keluasan : 10 kaki x 24 kaki
b)
Perabot :
Rak buku
6 buah
: Meja
1 buah
: Kerusi
2 buah
: Kipas angin siling
1 buah
: Papan kenyataan
1 buah
: Lampu kalimantang
2 buah
: Kabinet
1 buah
: Alat pemadam api
1 buah
: Troli
1 buah
: Tangga kecil/bangku
1 buah
c)
Lokasi :
Bilik operasi SPBT. Sewajarnya berada di aras bawah kecuali bagi
sekolah yang terletak di kawasan rendah/banjir.
: Bilik
ini juga mempunyai kemudahan untuk laluan kenderaan
menghantar atau mengangkut buku.
: Bilik
ini juga sepatutnya tidak terletak di tempat yang terlindung di mana
kadar kelembapan yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan
buku cepat
rosak/berkulat.
d)
Papan tanda arah juga wajar diadakan
bagi memudahkan urusan yang berkaitan dengan SPBT.
Contoh Bilik Operasi SPBT (BOSS) |
Buku Rujukan SPBT |